بسم الله الرحمن الرحيم الرحيم
Assalamualaikum . semoga sihat sejahtera rakan-rakan, pembaca blog ana ini . Alhamdulillah . apa yang ana hajati sedikit demi sedikit terhajati . Semua kerana Dia . Tanpa Dia kita tiada . Ana rasa tenang dengan kehidupan yang baru iaitu mendekatkan diri sedikit demi sedikit kepadaNya . Tidak salah untuk berubah kepadaNya . Janji perubahan itu penuh istiqamah . Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam . Ana bersastera pula . HAHA . Karya ini ana tulis untuk luahan hati ana . Perubahan ini bermula apabila ana diberi jawatan kerani kewangan sementara disalah sebuah sekolah agama di Johor Bahru . Berbeza dengan sekolah harian biasa . Sekolah agama ini lebih mengamalkan konsep agama islam iaitu menjaga batas pergaulan . Itu yang membuatkan ana tertarik .
Hari silih berganti , ana rasa macam sudah terikut segala perwatakan di sekolah itu . Pertama , gelaran diri ini telah bertukar kepada 'ana' . Jikalau dahulu 'aku' dan 'kau' . sekarang sudah menjadi 'ana' . Agak kekok untuk berbuat demikian . tapi insya-Allah ana cuba yang terbaik . Sebenarnya seronok mengelarkan diri ini ana sebab lebih sopan . Berbicara dengan ustaz pun , mereka mengelarkan diri mereka ana . Sungguh menakjubkan . Islam tidak memandang pangkat . Itulah , syukur alhamdulillah . Doa ana sudah sampai ditangan Allah . Itu sahaja yang ana dapat kongsikan .
haha, berhabuk dah ni. bila nak update huii?
ReplyDelete