Background

Thursday, February 6, 2014

Hidayah Milik Semua

بسم الله الرحمن الرحيم الرحيم

Assalamualaikum . semoga sihat sejahtera rakan-rakan, pembaca blog ana ini . Alhamdulillah . apa yang ana hajati sedikit demi sedikit terhajati . Semua kerana Dia . Tanpa Dia kita tiada . Ana rasa tenang dengan kehidupan yang baru iaitu mendekatkan diri sedikit demi sedikit kepadaNya . Tidak salah untuk berubah kepadaNya . Janji perubahan itu penuh istiqamah . Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam . Ana bersastera pula . HAHA . Karya ini ana tulis untuk luahan hati ana . Perubahan ini bermula apabila ana diberi jawatan kerani kewangan sementara disalah sebuah sekolah agama di Johor Bahru . Berbeza dengan sekolah harian biasa . Sekolah agama ini lebih mengamalkan konsep agama islam iaitu menjaga batas pergaulan . Itu yang membuatkan ana tertarik . 

Hari silih berganti , ana rasa macam sudah terikut segala perwatakan di sekolah itu . Pertama , gelaran diri ini telah bertukar kepada 'ana' . Jikalau dahulu 'aku' dan 'kau' . sekarang sudah menjadi 'ana' . Agak kekok untuk berbuat demikian . tapi insya-Allah ana cuba yang terbaik .  Sebenarnya seronok mengelarkan diri ini ana sebab lebih sopan . Berbicara dengan ustaz pun , mereka mengelarkan diri mereka ana . Sungguh menakjubkan . Islam tidak memandang pangkat . Itulah , syukur alhamdulillah . Doa ana sudah sampai ditangan Allah . Itu sahaja yang ana dapat kongsikan . 

Bagi ana kehidupan ibarat buku . Sekiranya kita tidak berupaya untuk membacanya maka kita akan ketinggalan . Renung-renungkan . Yang pasti Hidayah itu milik semua manusia di dalam muka bumi ini . Teruskan berdoa insya-Allah pasti sampai doa antum semua kepadaNya. Istiqamah dalam membuat suatu perubahan ia pasti berjaya . Assalamualaikum . Moga anda semua beroleh kejayaan . Syukran .

1 comment: